Analisis Bab Aqidah dalam Kitab Sullam al-Mubtadi dan Peranannya dalam Mendepani Cabaran Aqidah Kontemporari
Keywords:
Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, Aqidah, Cabaran Aqidah Kontemporari, Sullam al-Mubtadi, Syeikh Daud al-FataniAbstract
Perkembangan teknologi maklumat dan media digital pada masa kini telah memberikan cabaran baharu terhadap pemeliharaan aqidah umat Islam melalui penyebaran fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah, kekeliruan maklumat agama serta pemikiran yang menyimpang daripada ajaran Islam. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis kandungan Bab Aqidah dalam kitab Sullam al-Mubtadi karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani berdasarkan manhaj aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah serta menjelaskan peranannya dalam mendepani cabaran aqidah kontemporari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan secara kepustakaan terhadap teks Bab Aqidah yang merangkumi perbahasan Ilāhiyyāt, Nubuwwāt, Sam’iyyāt dan Riddah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Bab Aqidah dalam Sullam al-Mubtadi menghuraikan prinsip-prinsip aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah secara sistematik melalui pendekatan yang menggabungkan pembinaan asas keimanan dan pemeliharaan aqidah daripada penyelewengan. Kajian turut mendapati bahawa perbahasan dalam bab ini berperanan sebagai panduan dalam menilai pelbagai bentuk cabaran aqidah semasa serta membantu memperkukuh kefahaman dan keyakinan umat Islam terhadap pegangan yang sahih. Kesimpulannya, Bab Aqidah dalam Sullam al-Mubtadi kekal relevan sebagai khazanah ilmu yang menyumbang kepada pendidikan aqidah dan usaha mempertahankan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah dalam menghadapi cabaran pemikiran semasa.
Downloads
Published
Issue
Section
License
2026 International Thaqafah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.

