Analisis Bab Aqidah dalam Kitab Sullam al-Mubtadi dan Peranannya dalam Mendepani Cabaran Aqidah Kontemporari

المؤلفون

  • Wan Noor Athifah Wan Shaari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Innovative University College (IUC)
  • Omar Muhammad Kalash Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Innovative University College (IUC)

الكلمات المفتاحية:

Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah، Aqidah، Cabaran Aqidah Kontemporari، Sullam al-Mubtadi، Syeikh Daud al-Fatani

الملخص

Perkembangan teknologi maklumat dan media digital pada masa kini telah memberikan cabaran baharu terhadap pemeliharaan aqidah umat Islam melalui penyebaran fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah, kekeliruan maklumat agama serta pemikiran yang menyimpang daripada ajaran Islam. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis kandungan Bab Aqidah dalam kitab Sullam al-Mubtadi karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani berdasarkan manhaj aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah serta menjelaskan peranannya dalam mendepani cabaran aqidah kontemporari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan secara kepustakaan terhadap teks Bab Aqidah yang merangkumi perbahasan Ilāhiyyāt, Nubuwwāt, Sam’iyyāt dan Riddah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Bab Aqidah dalam Sullam al-Mubtadi menghuraikan prinsip-prinsip aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah secara sistematik melalui pendekatan yang menggabungkan pembinaan asas keimanan dan pemeliharaan aqidah daripada penyelewengan. Kajian turut mendapati bahawa perbahasan dalam bab ini berperanan sebagai panduan dalam menilai pelbagai bentuk cabaran aqidah semasa serta membantu memperkukuh kefahaman dan keyakinan umat Islam terhadap pegangan yang sahih. Kesimpulannya, Bab Aqidah dalam Sullam al-Mubtadi kekal relevan sebagai khazanah ilmu yang menyumbang kepada pendidikan aqidah dan usaha mempertahankan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah dalam menghadapi cabaran pemikiran semasa.

التنزيلات

منشور

2026-09-01

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Wan Shaari, W. N. A., & Kalash, O. M. (2026). Analisis Bab Aqidah dalam Kitab Sullam al-Mubtadi dan Peranannya dalam Mendepani Cabaran Aqidah Kontemporari. International Thaqafah Journal, 1(1), 1-21. https://journal.baitussaadah.edu.my/th/article/view/9