Suatu Pengenalan Terhadap Manuskrip Kitab Sullam al-Mubtadi Karya Shaykh Daud al-Faṭāni

المؤلفون

  • Siti Fatimah Idris Fakulti Pengajian Islam, Innovative University College (IUC)
  • Omar Muhammad Kalash Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Innovative University College (IUC)

الكلمات المفتاحية:

Sullam al-Mubtadi، Shaykh Daud al-Faṭāni، manuskrip Melayu، kodikologi، fiqh jawi، tahqiq، kitab jawi، Patani

الملخص

Kajian ini memperkenalkan manuskrip Kitāb Sullam al-Mubtadi karya Shaykh Daud bin ‘Abdullāh al-Faṭāni (wafat 1263 H / 1847 M), ulama Patani yang menghasilkan puluhan karya dalam pelbagai cabang ilmu Islam di Alam Melayu Nusantara. Sullam al-Mubtadi disiapkan pada tahun 1836 M dan merupakan kitab asas agama yang merangkumi aqidah, ibadat, mu’amalat, munākahāt, jināyāt serta topik lain yang diperlukan oleh umat Islam. Objektif kajian adalah memperkenalkan kewujudan manuskrip ini, menghurai sifat kodikologinya (nama perpustakaan, nombor panggilan, khat, nama penyalin, tarikh salin, jumlah halaman dan keadaan fizikal), serta mengaplikasikan piawaian deskripsi naskhah mengikut metodologi tahqiq kontemporari. Sorotan kajian lepas mendapati majoriti sarjana terdahulu sekadar menjalankan analisis kandungan terhadap topik-topik tertentu secara terpilih, tanpa melakukan deskripsi kodikologi yang menyeluruh. Bagi mengisi jurang tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui dokumentasi kepustakaan, analisis kodikologi dan pemerhatian fizikal manuskrip di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Dapatan utama memperincikan sifat-sifat pelbagai naskhah manuskrip Sullam al-Mubtadi, iaitu teks rujukan asas pengajian fiqh mazhab Syafii di institusi pondok tradisional Alam Melayu hingga abad ke-20. Pendekatan kodikologi ini menjadi langkah permulaan penting dalam usaha tahqiq moden dan pemuliharaan khazanah ulama Nusantara yang kini kian terancam oleh kerosakan fizikal serta kelupaan generasi.

التنزيلات

منشور

2026-09-01

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Idris, S. F., & Kalash, O. M. (2026). Suatu Pengenalan Terhadap Manuskrip Kitab Sullam al-Mubtadi Karya Shaykh Daud al-Faṭāni. International Thaqafah Journal, 1(1), 1-28. https://journal.baitussaadah.edu.my/th/article/view/8